Facebook tukar butang ikonik ‘like’

0
412

NEW YORK: Rangkaian media sosial Facebook Inc kini menambah pilihan reaksi kepada posting, melangkaui ‘like’.

Bermula Rabu, orang ramai diberi lima lagi pilihan: ‘love’, ‘haha’, ‘wow’, ‘sad’ dan ‘angry’.

Bloomberg Businessweek baru-baru ini melaporkan projek itu, yang membabitkan ujian selama berbulan-bulan untuk menentukan pilihan terbaik.

Pengguna sudah biasa menggunakan butang ‘dislike’ tetapi ia kini ditolak syarikat itu kerana ia akan mewujudkan persekitaran negatif.

Facebook menawarkan butang alternatif di peringkat global dalam usaha menjadi destinasi kepada mereka yang mahu mengemaskini kehidupan masing-masing.

Syarikat itu sudah meningkatkan kandungan beritanya menerusi usaha sama dengan syarikat media. Berita tragik, contohnya, memerlukan maklum balas lebih daripada ‘like’.

Inisiatif baharu syarikat itu dipanggil reaksi.

“Kita faham ia satu perubahan besar, dan berhati-hati memperkenalkannya,” kata Sammi Krug, pengurus produknya, dalam satu blog.

“Kita akan terus belajar dan mendengar maklum balas bagi memastikan kita memiliki satu set reaksi yang akan berguna di seluruh dunia.” katanya. – Bloomberg

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here