Dr.Subra diiktiraf sebagai Pemangku Presiden oleh BN

0
1443

Dikatakan bahawa hanya Datuk Seri Dr S.Subramaniam dijemput untuk menghadiri mesyuarat komponen Barisan Nasional (BN) yang akan diadakan hari esok. Ini diterima sebagai satu pengiktirafan Barisan Nasional dan Perdana Menteri ke atas Dr.Subra untuk menerajui MIC.

Menurut sumber, Datuk Seri G.Palanivel, bekas Presiden MIC tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat parti parti komponen Barisan Nasional akan di pengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Walaubagaimanapun, menurut berita yang dikeluarkan oleh Malaysian Gazette, salah seorang daripada bekas ahli MIC A.K.Ramalinggam berkata, dia bersama penyokong penyokong Palanivel memaksa Palanivel menghadiri mesyuarat tersebut. ‘Kami meminta Palanivel supaya hadir dan memperjuangkan hak beliau sebagai ‘presiden’.

Hakikatnya, seramai 2800 ketua cawangan telah meluluskan resolusi bahawa tidak mengiktiraf pemilihan yang dijalankan oleh puak Palanivel dan juga tidak menerima atau mengiktiraf statusnya sebagai Presiden dan ahli MIC.

SHARE
Previous articleTentera tembak Tentera
Next articleIdris: Malaysia Negara Cemerlang Pendidikan Menjelang 2025
Originally from a small town in NS, An Information Tech dude, Now living in Cyberjaya, Working as ECM Engineer@Application Engineer, Freelance web developer and a columnist. "Life has an amazing way of changing!". Outside of this (And social media in general.), I have love for anything that moves( Cars,Motorcycles, planes etc.), technology/engineering, good food, cooking, music, cinema, photography, cycling, traveling.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here