Disondol babi tunggal

0
2479

Kuala Terengganu: Seorang tukang rumah dan isterinya parah selepas disondol babi tunggal di Kampung Beris, Marang di sini.

Dalam kejadian 7.30 pagi semalam, mangsa, Mohammad Abdul Rahman, 50, patah tulang bahu manakala isterinya, Esah Mat Hassan, 49, koma akibat kecederaan serius dialami di kepala dan badan.

Mangsa dikatakan jatuh tersembam di atas jalan sebaik motosikal ditunggang mereka disondol babi hutan itu.

Anak pasangan itu, Nor Asma Laila Mohammad, 29, berkata, kejadian berlaku ketika bapanya mahu menghantar ibunya bekerja di Pasar Marang dengan menunggang motosikal dari rumah mereka di Kampung Kubu di sini.

“Sebaik tiba di Kampung Beris, seekor babi tunggal dewasa yang berada di bahu jalan terkejut dengan bunyi motosikal sebelum mengejar dan menyondol kenderaan dinaiki dua orang tuanya itu.

“Babi itu terlalu pantas hinggakan motosikal ditunggang ibu dan ayah saya terus terbalik. Kedua-dua orang tua saya jatuh tersembam dan cedera parah,” katanya.

Menurutnya, babi itu kemudian hampir menyondol ibu bapanya sekali lagi selepas mereka terjatuh.

“Mujur ramai penduduk yang datang membantu sebelum babi hutan itu melarikan diri ke dalam hutan,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.

Nor Asma berkata, bapanya kini sudah stabil manakala ibunya masih koma dan dalam pemantauan rapi doktor.- Hmetro

SHARE
Previous articlePadah rakam bawah skirt wanita
Next articleCGPA baru dan bersepadu
Journalist, author and editor for MyTimes. Holds certificate in Public Relation and Journalism. 8 Years of experience in reporting and political analyst.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here