Dihalang masuk SUK Selangor kerana pakai skirt

0
148

SHAH ALAM: Seorang wartawan akhbar New Straits Times (NST) dan seorang pembeli rumah dari Klang yang mempunyai urusan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pagi ini, terkejut apabila dihalang memasuki bangunan itu kerana dikatakan berpakaian singkat. Kedua-dua mereka yang memakai skirt separas lutut hanya dibenarkan memasuki bangunan SUK sekiranya memakai kain sarung yang disediakan. Enggan berbuat demikian, wartawan terbabit, C Premananthini, kemudian meminta semula lesen memandunya sebelum memasuki bangunan itu melalui pintu berlainan.

Berbeza dengan kawalan di pintu utama, dia dibenarkan masuk tanpa perlu memakai kain sarung. Insiden berkenaan turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, yang memuat naik gambar mereka melalui akaun Twitter miliknya. “Kenapa pengawal keselamatan memeriksa kaki wanita? Adakah ini peranan baharu pengawal? Perlu dihentikan, MB,” kata Santiago dalam entri Twitter yang ditujukan kepada Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here