#CNY2017 | Datuk Seri Dr S.Subramaniam Ziarah Kawan-kawan di Segamat

0
133

Segamat ; 29 Jan (MyTimes) Setiap tahun apabila tibanya perayaan Tahun Baru Cina, walaupun betapa sibuknya jadual beliau, Datuk Seri Dr.S.Subramaniam Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Segamat akan tetap turun menziarahi kawan-kawan dan penduduk- penduduk komuniti Cina di Segamat. Kehadiran Datuk Seri Dr S.Subramaniam sentiasa disambut baik oleh penduduk tempatan lebih-lebih lagi waktu perayaan, tidak kira Hari Raya mahupun Sambutan Deepavali.

‘Dato (Subra) setiap tahun waktu perayaan Tahun Baru Cina mesti melawat rumah saya, lawat keluarga saya’ kata Lee Yuan ketika ditemui di Segamat.

“Saya mengucapkan ‘Selamat Tahun Baru Cina ’ kepada semua kaum Cina di Malaysia dan sebagai Menteri Kesihatan Malaysia saya berharap seluruh rakyat Malaysia meraikan perayaan ini dengan penuh meriah dan gembira”

“Seperti yang kita sedia maklum, mengikut adat kaum Cina, ahli keluarga dan sanak saudara akan berkumpul sehari sebelum perayaan bagi upacara “Makan Besar ”, dimana ianya menandakan kedatangan Tahun Baru serta bagi memastikan keakraban persaudaraan terus terjalin. Saya menyarankan agar kita semua mengambil peluang bersempena Tahun Baru Cina ini untuk menziarahi sanak saudara serta rakan taulan bagi mengeratkan lagi silaturahim yang terjalin.”

“Saya berharap agar Tahun Ayam yang bakal tiba ini akan membawa lebih makna kepada semua rakyat Malaysia dan juga menjadikan negara Malaysia lebih aman makmur dan sejahtera. “Gong Xi Fa Cai” kepada semua masyarakat Tionghua yang bakal menyambut Tahun Baru Cina.” Kata Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

LEAVE A REPLY