Cinta WhatsApp

0
657
KUALA TERENGGANU 19 JULY 2015. Pemain drum Kumpulan IKLIM, Kamaruddin Ibrahim, 51 (Kiri) dan isterinya Hidayah Yusof, 51 (Kanan) mengaminkan doa selepas selesai majlis akad nikah di Masjid Sultan Ismail, Chendering. NSTP. ASWADI ALIAS.

Kuala Terengganu: Hanya melalui perantaraan aplikasi WhatsApp, Kamaruddin Ibrahim, 51, pemain dram kumpulan Iklim menemui pasangannya, Hidayah Yusof, 51, seterusnya menamatkan zaman duda, semalam.Selepas empat bulan menjalin kasih, pasangan itu mengambil keputusan berkahwin dan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Masjid Sultan Ismail Chendering pada jam 11 pagi.

Kamaruddin yang lebih dikenali Kama Iklim berkahwin kali kedua selepas kematian isteri, Hasmah Abu Bakar, 51, akibat barah, tahun lalu.Ketika ditemui selepas upacara akad nikah itu, Kama berkata, dia tidak pernah membayangkan akan melalui saat perkahwinan kedua selepas kematian isteri.

“Mungkin kerana jodoh, saya dan isteri ditakdirkan bertemu sebelum bersetuju untuk sama-sama mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan. – Hmetro

LEAVE A REPLY