CGPA baru dan bersepadu

0
548

Kuantan : Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia melaksanakan purata nilai gred kumulatif (CGPA) bersepadu apabila lima universiti awam (UA) mengguna pakai sistem berkenaan bermula September ini dalam usaha melahirkan graduan holistik, berkemahiran dan mempunyai nilai diri tinggi.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengenalan sistem berkenaan penting selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)-PPPM (PT) 2015-2025 melalui 10 lonjakan digariskan kementerian berkenaan.

“Kita tidak boleh guna lagi (sistem) sedia ada kerana yang ada sekarang hanya untuk akademik.

“Sebagai permulaan, sistem ini (CGPA bersepadu) akan diperkenalkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan empat lagi UA lain termasuk universiti teknikal September ini,” katanya selepas menyampaikan taklimat sempena Jelajah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT): Soaring Upwards di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching; Ketua Pengarah KPT Prof Datuk Dr Asma Ismail; dan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.

Program Jelajah KPT: Soaring Upwards itu diadakan di seluruh negara untuk memberikan maklumat tepat mengenai pencapaian semasa sistem pendidikan tinggi negara termasuk pencapaian diperoleh UA di peringkat antarabangsa.

Idris berkata, melalui sistem CGPA bersepadu, graduan dihasilkan daripada kokurikulum yang diperkenalkan dapat memberikan penekanan kepada pembelajaran dipacu nilai, penekanan kepada pembelajaran keusahawanan dan pembangunan modal insan.

“Jika dilihat kepada PPPM (PT), kita komited menghasilkan graduan bersikap holistik iaitu mempunyai nilai keusahawanan dan seimbang dalam semua aspek.

“Ini bermakna, sistem CGPA digunakan sekarang tidak lagi bersesuaian untuk menghasilkan graduan berdaya saing,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Idris berkata, sistem 2+2 akan mula diperkenalkan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bermula sesi pengajian bulan depan.

Katanya, melalui sistem berkenaan, penuntut akan mengikuti pengajian selama dua tahun di UMK sebelum meneruskan tempoh pengajian mereka dengan mengikuti latihan industri selama dua tahun lagi bersama pemain industri yang sudah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan KPT sebelum ini.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69263#sthash.TDLi2KqH.dpuf

SHARE
Previous articleDisondol babi tunggal
Next articleIs Mahathir Silently Working With The Opposition?
Journalist, author and editor for MyTimes. Holds certificate in Public Relation and Journalism. 8 Years of experience in reporting and political analyst.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here