BRA Rm9000 HILANG

0
214

Bra Rm9 Ribu Hilang! Pelik tapi Benar. Madonna sememangnya ghairah dalam memilih bra dan kali ini Madonna kehilangan sebuah bra yang dibelinya pada harga US$ 2500 atau hampir dengan Rm9000 ringgit Malaysia.

Menurut DNAinfo.com, bra tersebut direka oleh pereka pakaian terkemuka yang berpusat di New York, Deborah Marquit. Bra tersebut hilang setelah Madonna habis sesi pengiklanan dengan L’uomo Vogue. Kakitangan dari Marquit mendedahkan kepada New York Police Department (NYPD) bahawa bra tersebut hilang bersama beberapa pakaian dalam lain.

Ketika dihubungi melalui e-mail, seorang pekerja studio fesyen tersebut mendedahkan kehilangan bra dengan beberapa pakaian dalam mahal lain yang memang dipinjam untuk tujuan pengiklanan.

“Kami menerima 13 daripada 34 pakaian dalam yang sememang dipinjamkan untuk mengambil gambar. Kami rasa ianya mungkin hilang atau dicuri kerana kita tidak pernah menemuinya lagi,” kata seorang pekerja Marquit. Menurut laman Marquit, potongan para perancang tersebut yang menjadi pilihan Britney Spears, Hilary Swank, dan Rihanna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here