“Bodyguard” mengamuk, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu Ditutup Esok – Polis

0
222

GEORGE TOWN, 6 Dis – Sebahagian lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke Jambatan Pulau Pinang di sini akan ditutup esok, mulai 10.30 pagi hingga 5 petang.

Jurucakap Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang berkata jalan yang terlibat ialah persimpangan jalan Ahmad Nor ke susur masuk jambatan.

Katanya penutupan itu adalah bagi tujuan siasatan forensik balistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi kejadian kes bunuh yang berlaku pada 1 Dis lepas.

“Pohon kerjasama semua pengguna jalan raya bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas.

“Gunakan jalan alternatif yang disediakan dan ikuti arahan pegawai polis yang bertugas,” menurut jurucakap itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai diminta menggunakan perkhidmatan feri atau jambatan kedua (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) atau menggunakan laluan dari arah jalan Sultan Azlan Shah atau Lebuhraya Sungai Nibong menghala ke jambatan pertama Pulau Pinang untuk ke tanah besar.

Kenderaan dari arah pusat bandar ke jambatan akan terus dilencongkan ke Bayan Lepas, Gelugor mulai 2 petang hingga 5 petang.

Laluan akan dibuka sepenuhnya pada 5 petang. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here