Sunday, September 24, 2017
Home BM ‘Beri peluang kepada pemain muda lain’ – Datuk Lee Chong Wei

‘Beri peluang kepada pemain muda lain’ – Datuk Lee Chong Wei

0
256
FILE - In this June 13, 2014 file photo, Malaysia's Lee Chong Wei plays against Tommy Sugiarto of Indonesia during their quarterfinal match of the Japan Open Badminton Championship in Tokyo. Former No. 1-ranked Lee was given a backdated eight-month ban for a doping violation uncovered in test at the badminton world championships last August, meaning he can return to competition on May 1, 2015. (AP Photo/Koji Sasahara, File)

RIO DE JANEIRO 21 Ogos – Pemenang pingat perak Olimpik tiga kali Datuk Lee Chong Wei memberi bayangan dia akan menggantung raket selepas menyertai Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos tahun depan.

Pengundurannya itu, jelas Chong Wei, adalah untuk memberi peluang kepada pemain muda Malaysia menggantikannya sebagai pemain perseorangan yang membawa cabaran negara dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Chong Wei juga berharap pemain badminton negara mampu menyumbang pingat emas pertama untuk negara dalam Olimpik di Tokyo kelak selepas dia gagal melakukannya dalam tiga percubaan berturut-turut iaitu di Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

“Perlu lihat kepada keadaan saya dulu, kalau bagus setahun lagi saya perlu berhenti untuk buka laluan kepada pemain muda menjadi pengganti dan bawa cabaran Malaysia di Tokyo.

“Saya harap untuk menyumbang lebih banyak buat Malaysia seperti pergi ke sekolah-sekolah dan memberi galakan kepada bakat muda untuk terlibat dan sukan badminton secara lebih serius,” katanya.

Mengulas kekalahannya kepada Chen Long 18-21, 18-21, pemain No.1 dunia itu berkata, lawannya dari China itu mempunyai kelebihan kerana baru berusia 27 tahun yang membolehkan kecergasannya lebih cepat pulih daripada perlawanan separuh akhir sehari sebelum itu.

Katanya, Chen Long juga bermain dengan amat baik sehingga beberapa smash yang dilihat sudah ‘mati’ masih boleh dijawab oleh pemenang emas Olimpik Rio 2016 itu. “Ini benar-benar bukan hari saya, namun sewaktu ketinggalan dalam pungutan mata, saya tidak menyerah kalah sebaliknya terus mengejar.

“Saya juga banyak buat kesilapan sewaktu bermain di jaring termasuk ketika mata genting, mungkin itulah turning point untuk Chen Long,” katanya. Mengulas perseteruan dengan musuh ketatnya Lin Dan di gelanggang badminton, Chong Wei mengakui dia kurang gembira menewaskan jaguh China itu di peringkat separuh akhir kerana berpendapat mereka sepatutnya bertemu dalam perlawanan akhir.

“Kami telah bermain menentang satu sama lain untuk satu tempoh yang amat panjang dan Olimpik kali ini adalah yang keempat untuk kami berdua. “Bukanlah sesuatu yang mudah buat kami untuk bermain dalam empat Olimpik dan saya rasa inilah pertandingan terbesar yang terakhir untuk Lin Dan dan saya,” katanya. UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here