Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan ditahan polis

0
481

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan, ditahan polis, malam tadi. Khairuddin, 47, ditahan sepasukan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Bukit Aman, di kediamannya dekat Mont Kiara, di sini, kira-kira jam 7.30 malam. Tangkapan itu dipercayai ada kaitan dengan siasatan yang dijalankan polis membabitkan syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Isterinya yang juga pelakon, Datin Umie Aida, ketika mengesahkan penahanan suaminya, berkata Khairuddin diiringi oleh sepasukan enam hingga tujuh pegawai serta anggota polis. Ditahan mengikut Seksyen 124C “Saya diberitahu suami ditahan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan, atas kesalahan cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

“Beberapa barangan peribadi termasuk komputer riba dan telefon pintar milik suami, turut diambil polis untuk membantu siasatan,” katanya. Umie berkata, Khairuddin sepatutnya berlepas ke New York dan London, jam 10.30 pagi semalam, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana namanya kini disekat dalam senarai hitam Jabatan Imigresen.

Sementara itu, Khairuddin menerusi catatan Facebook yang dimuat naik semalam, mendakwa diminta polis supaya hadir ke Bukit Aman pada Isnin depan. Ekoran penahanannya malam tadi, polis dijangka mengemukakan Khairuddin kepada majistret untuk permohonan perintah tahanan reman, hari ini. – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here