Beg “Holdall” Terbesar Di Dunia Kerjasama Pelajar Kolej Komuniti

0
428

CYBERJAYA, 25 Ogos 2015 – Setelah mencipta empat rekod melalui Malaysia Book of Records; Jalur Gemilang dari Tempe, Kebaya Perlis Terbesar, Selawat Marathon Terpanjang dan Persembahan Stomers Teramai dan Terlama, kini kolej komuniti telah berjaya menghasilkan sebuah Beg “Holdall” yang terbesar di dunia dengan menggunakan 2,984 helai kemeja terpakai.

Beg ini mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan bermula dari Disember 2014 sehingga Mei 2015.

Kejayaan ini mendapat pengiktirafan dari World Guiness Record pada 29 Mei 2015 sebagai beg terbesar di dunia.

20150825000614 (2)

Saiz beg ini berukuran 25 kaki panjang, tinggi 17 kaki 10 inci dan lebar 9 kaki 11 inci. Keluasan beg ini dapat memuatkan dua buah kereta Myvi di dalamnya.

Seramai 1,492 peserta yang terdiri daripada 128 pelajar kolej komuniti mengambil bahagian.

Antara kolej komuniti yang terlibat ialah Kolej Komuniti Sabak Bernam, Kolej Komuniti Batu Gajah, Kolej Komuniti Selayang dan Kolej Komuniti Manjung.

“Kerjasama seperti ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar kolej komuniti serta memupuk nilai murni masyarakat mencintai alam sekitar dengan menggunakan produk kitar semula” kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching, di Majlis penyerahan sijil pengiktirafan Guinness World Records di D’Pulze Shopping Centre, Cyberjaya pagi tadi.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Datuk Amir Md Noor, semangat bagi menyiapkan beg terbesar ini dapat memberi pendedahan kemahiran kepada pelajar-pelajar kolej komuniti.

Tambahnya, pameran beg terbesar di dunia ini juga merupakan salah satu langkah mempromosi hasil kerja pelajar-pelajar kolej komuniti melaluil kolaborasi bersama Pusat Latihan Kraftangan Epal.

Program di bawah perancangan Pusat Latihan Kraftangan Epal ini mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan, Institusi Pendidikan Awam dan Swasta, Badan-Badan Berkanun Bukan Kerajaan serta ahli Persatuan Seni Jahitan Kreatif. – Malaysia Aktif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here