Bedah 23 kali untuk jadi Superman

0
237

Calamba City (Filipina): Hasrat seorang lelaki menjalani lebih banyak pembedahan selepas melakukannya 23 kali untuk kelihatan seperti Superman ditolak setelah dia menyuntik bahan berbahaya ke dalam perutnya.

Herbert Chavez sebelum ini menjalani pembedahan hidung, pemutihan kulit, menyedut lemak, penjajaran tulang rahang dan beberapa lagi sepanjang 18 tahun lalu untuk membolehkan dia kelihatan seperti Clark Kent.

Lelaki 37 tahun itu turut memakai kanta lekap biru terang untuk menukar warna matanya dari coklat selepas jatuh hati dengan program televisyen itu pada usia lima tahun.

Dia sudah menghabiskan lebih 300,000 peso (RM25,146) untuk melayani ketaksubannya.

Jumlah itu dianggap besar dibandingkan dengan pendapatan RM5.40 sejam yang diperoleh purata rakyat Filipina.

Chavez kini mahu doktor membantunya mendapatkan ‘perut besi’ tetapi mereka enggan melayani permintaan selepas mendapati dia pernah menyuntik perut dan dadanya dengan MesoLipo, bahan yang diharamkan di kebanyakan negara.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61297#sthash.EoszIvnR.dpuf

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here