Bayi dijumpai dalam mesin basuh

0
553

Kelantan , 12 Jun 2015 – Menurut ibu mangsa , Rabiah binti Nordin suspek telah menyatakan mengalami sakit perut tetapi keadaanya masih stabil.

Ibu suspek telah membawanya ke hospital selepas suspek mengadu kesakitan pada lewat malam hari yang sama. Hasil pemeriksaan doktor , suspek didapati positif mengandung dan ia membawa kepada pengakuan suspek bahawa dia telah melahirkan bayi awal hari tersebut.

Suspek juga memberitahu bahawa dia telah meletakkan bayinya dalam mesin basuh dengan anggapan bahawa bayinya telah meninggal dunia selepas melahirkannya kerana tiada respon dari bayi itu semenjak dilahirkan.

Pihak polis telah menjumpai plastik sabun jenama top yang diikat dengan getah didalam mesin basuh baju. Suspek yang berumur 23 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

 20150612073938 (1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here