Babi ‘serang’ restoran

0
224
KUANTAN 02 June 2015. Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bertungkus lumus mengeluarkan seekor babi hutan yang sesat ke dalam sebuah restoran di bandar Kuantan. Anggota JPAM mengambil masa kira-kira hampir 1 jam untuk mengeluarkan babi hutan yang terdapat kesan kecederaan di badan sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhilitan. Menurut Jabatan Perhilitan babi berkenaan akan diserahkan kepada peniaga babi berlesen di Kuantan. NSTP/Luqman Hakim Zubir

Kuantan: “Saya lihat semua pelanggan di restoran mamak itu bertempiaran lari, ingatkan ada individu mengamuk atau menyerang mereka, rupanya babi hutan yang ‘serang’,” kata seorang pelanggan restoran yang mahu dikenali sebagai Faizul, 36.Dalam kejadian jam 4 petang, kelmarin, Faizul bersama seorang rakannya berada di restoran berkenaan untuk makan sebelum dikejutkan bunyi bising dengan puluhan pelanggan bertempiaran lari.

Faizul berkata, melihatkan keadaan kecoh itu, dia dan rakannya turut sama berbuat demikian kerana menyangka ada individu atau kumpulan yang bergaduh di dalam restoran berkenaan kerana bimbang akan dicederakan.“Ketika kejadian, saya duduk di bahagian luar restoran. Belum sempat mahu menjamah makanan, saya terdengar bunyi bising di bahagian dalam premis berkenaan sebelum melihat semua pelanggan melarikan diri.

“Terkejut dengan kejadian itu, saya yang tidak tahu cerita sebenar turut ikut melarikan diri, namun apabila diselidik, rupanya babi memasuki premis berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

– Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here