Alvin Tan BIADAP, “hina” Kalimah Allah

0
994

Kuala Lumpur, 4 Sep (MyTimes) – Blogger Kontroversi Alvin Tan yang pernah didakwa di Mahkamah Malaysia atas kesalahan memuatnaik video lucah dan juga menghina umat islam dengan memuat naik gambar ucapan selamat berbuka puasa hidangan “tidak halal” sekali kali lagi mencetuskan kontroversi dengan memuatnaik gambar pahanya yang di cacah Kalimah Allah

Alvin Tan 27, yang kini menetap di luar negara memuatnaik gambar yang dikapsyenkan sebagai Tak byk org yg tau aku ni sebenarnya bertatu nama Tuhan yg Maha penyayang, Allah SWT, di belakang peha aku… Amin! #‎ReligionOfPeace #‏اللهأكبر tersebut dalam laman Facebook telah mengundang ketidaksenangan pengguna media sosial khususnya yang beragama Islam.

Alvin Tan menayang Kalimah
Alvin Tan menayang Kalimah di Laman Facebook

Ramai yang telah mengutarakan pandangan mereka melalui ruang komen meminta Alvin Tan untuk meminta maaf dan memadam gambar tersebut dari laman facebooknya. Alvin Tan dan bekas kekasihnya Vivian pernah menghadapi tuduhan di bawah subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan pertuduhan mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002  didakwa dilakukan di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di Kuala Lumpur pada pukul 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013 – MyTimes

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here