Akhbar Australia Dedah Isu Rasuah Pegawai “Atasan” Mara di Melbourne

0
117

Hari ini, Malaysia dikejutkan dengan pendedahan dari sebuah akhbar di Australia yang mendedahkan seorang pegawai ‘atasan’ MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik yang menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit bagi membeli satu blok pangsapuri, Dudley International House, di Melbourne Australia.

Di dalam laporan dari akhbar The Age, satu kumpulan yang disifatkan oleh kumpulan tersebut sebagai “sangat kaya” menggunakan AS$4.75juta(RM13.8 juta) sebagai “kos tambahan” untuk membeli pangsapuri terbabit pada 2013.

Kumpulan tersebut didakwa membayar pangsapuri terbabit dengan harga yang lebih mahal iaitu AS$22.5 juta (RM65.2juta) daripada harga asal iaitu AS$17.8 juta, yang mana lebihan duit tersebut digunakan untuk merasuah di Malaysia, lapor akhbar terbabit.

Selain dari itu, akhbar tersebut turut mendakwa pemaju pangsapuri tersebut telah mengeluarkan invois palsu yang tertulis kononnya ia mendapatkan perkhidmatan jururunding dan nasihat dari firma Malaysia.

Selain itu, akhbar yang sama turut mendakwa kumpulan tersebut terlibat dengan pelbagai pembelian hartanah seperti satu blok pangsapuri dan pejabat di Melbourne yang bernilai AS$80juta.

SHARE
Previous articleDr M: NEP a proven success for bumis
Next articleTenaga plans RM10b Sukuk after power plant buy
Originally from a small town in NS, An Information Tech dude, Now living in Cyberjaya, Working as ECM Engineer@Application Engineer, Freelance web developer and a columnist. "Life has an amazing way of changing!". Outside of this (And social media in general.), I have love for anything that moves( Cars,Motorcycles, planes etc.), technology/engineering, good food, cooking, music, cinema, photography, cycling, traveling.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here