Akauntan Didakwa Kerana Rakam Video Seluar Dalam Kanak-kanak

0
223

PETALING JAYA, 8 Mac- Seorang akauntan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang kanak-kanak perempuan dengan cara merakam video ke arah seluar dalam mangsa, empat hari lepas.

Leong Kem Soon, 27, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan dengan niat untuk mengaibkan kehormatan seorang murid berusia 12 tahun dengan cara merakam video menggunakan telefon bimbit miliknya ke arah seluar dalam mangsa di sebuah kedai buku di Ikano, Mutiara Damansara di sini pada 9.30 Malam, 4 Mac lepas….-Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here