Akaun-akaun Ambank bukan milik Najib – Nik Faisal

0
591
Pedestrians walk past the logo of 1Malaysia Development Berhad (1MDB) at its construction site in Kuala Lumpur on February 23, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Nik Faisal kelihatan kecewa dan marah kerana perniagaan beliau, SRC International, dilibatkan dalam “pergaduhan politik” Najib Razak – Tun MahathirWSJ turut dicabar menunjukkan sebarang bukti bahawa Nik Faisal bertindak bagi pihak Najib Razak. Ini kerana berdasarkan surat yang disiarkan ia langsung tidak menyebut nama Najib Razak.

unnamed (1)

Kuala Lumpur – Nik Faisal Ariff Bin Nik Othman Ariff Kamil menafikan akaun-akaun yang terdapat dalam suratnya kepada Ambank merupakan akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak seperti yang didakwa oleh Wall Street Journal (WSJ) semalam.

Dalam laporan portal MYKMU , WSJ turut dicabar untuk menunjukkan sebarang bukti bahawa Nik Faisal bertindak bagi pihak Najib Razak. Ini kerana berdasarkan surat yang disiarkan ia langsung tidak menyebut nama Najib Razak.

Malam tadi, sumber MYKMU memberitahu, Nik Faisal telah memberi kenyataan kepada pasukan khas bahawa akaun tersebut bukan sahaja tiada kena mengena dengan Najib Razak, malah ia juga tidak membabitkan sebarang urusniaga dengan 1 Malaysia Development Berhad.

Nik Faisal kelihatan kecewa dan marah kerana perniagaan beliau, SRC International, dilibatkan dalam “pergaduhan politik” Najib Razak – Tun Mahathir.

“Ini semua akaun saya dan SRC International. Tiada kena mengena dengan Perdana Menteri mahu pun 1MDB.”

Menurut Nik Faisal kepada sumber kami, beliau dan SRC International telah keluar dari 1MDB sejak 2012 lagi dan perniagaan mereka selepas itu adalah atas kepentingan perniagaan tersendiri.

Nik Faisal juga menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membocorkan suratnya kepada Ambank dan akaunnya kepada umum.

Sumber kami juga memmaklumkan semalam, pasukan khas penyiasatan dakwaan penyelewengan dana 1MDB ke akaun Perdana Menteri telah ke rumah Nik Faisal di Shah Alam bagi mengambil beberapa dokumen yang diperlukan.

Sumber – MyKMU

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here