Agenda BERSIH yang TIDAK BERSIH

0
347

Apa motif sebenar Bersih yang tetap berkeras mahu mengadakan protes jalanan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini?

Mengapa Bersih mahu membudayakan sikap protes jalanan yang ternyata tidak mendatangkan apa-apa faedah. Jika mereka mahukan konsep pilihan raya yang bebas, bersih dan adil, protes jalanan bukan penyelesaiannya.

Tambahan pula Bersih dengan sengaja mengadakan protes jalanan ini menjelang sambutan hari jadi Malaysia. Nampak sangat bahawa ia bertujuan untuk menganggu persiapan sambutan Hari Kebangsaan.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat bimbang dengan keselamatan orang awam, kerana dalam mana-mana protes jalanan, keadaan mudah menjadi tidak terkawal malah dengan hanya sedikit provokasi.

Tetapi penganjurnya Mariah Chin tetap dengan sikap bongkak mereka dan berkeras untuk meneruskannya tanpa memikirkan kesannya kepada negara.

Kebimbangan pihak polis ini juga ada benarnya kerana dalam situasi seumpama itu, cukup mudah bagi ejen pencetus provokasi untuk mencetuskan keadaan huru-hara. Bimbang juga jika ada individu dan kumpulan yang hanya menunggu masa untuk mengeksploitasi protes jalanan yang dirancang itu untuk mencetuskan huru-hara dan keganasan.

Tidak perlu lihat jauh, kes letupan bom di Hospital Thailand baru-baru ini yang mengorban ramai orang awam cukup memberikan gambaran bahawa ejen pencetus hura-hara gemarkan tempat-tempat sesak untuk menimbulkan kekacauan sekaligus menfitnah kerajaan.

Walaupun protes jalanan dibenarkan oleh undang-undang dan dilindungi di bawah hak warganegara untuk berhimpun secara aman mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, kebimbangan masih tinggi kerana dalam zaman fitnah ini, protes jalanan sentiasa menjadi medan pencetus huru-hara dan keganasan yang boleh membawa kepada darurat diisytiharkan.

Jika Bersih menetapkan perhimpunan hanya diadakan di Kuala Lumpur tidaklah membimbangkan sangat, namun penganjur tetap berkeras mahu mengadakan perhimpunan di ibu negeri Sabah dan Sarawak juga. Sikap ini jelas menunjukkan yang mereka tidak peduli tentang keamanan dan keselamatan negara.

Jaminan Bersih bahawa protes akan berlangsung secara aman adalah tidak semudah seperti yang dijanjikan kerana jika keadaan menjadi tidak terkawal, penganjur tidak mampu berbuat apa-apa pun.

Malah penganjur tidak mampu mencegah peserta protes daripada membawa anak-anak kecil mereka bersama-sama, seperti yang dilihat pada perhimpunan sebelum ini. Jika terjadi huru hara, apa nasib mereka?

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak turut mengulas mengenai perkara ini dan berkata protes jalanan adalah sesuatu yang asing kepada kepada budaya politik kita, demonstrasi jalanan ini tidak akan menyelesaikan masalah dan ia boleh mengganggu-gugat proses demokrasi negara,

“Ia bertujuan untuk menghasut rakyat untuk memberontak. Ini bukan amalan kita; proses demokrasi negara telah membolehkan rakyat untuk memilih mana-mana parti politik sebagai parti pemerintah, selain mereka bebas menyuarakan pandangan-pandangan anti-kerajaan,” katanya.

Kali ini, Bersih 4.0 diadakan dengan tujuan untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan dan menggesa urus tadbir bersih kononnya.

Perlu diingatkan bahawa sebarang pertukaran kerajaan atau pemimpin di negara ini perlu dilakukan menerusi peti undi dan bukannya dengan pemberontakan seperti ‘Arab Spring’ di Mesir, Libya, Syria, kita pasti tidak mahu negara kita musnah seperti mereka bukan? Lihat bagaimana apabila negara kucar-kacir,anasir jahat dari luar mula menyusup masuk dan mencetuskan kacau bilau.

Kesimpulannya, aktiviti politik di Malaysia perlu dilakukan secara beradab, kita negara demokrasi yang ada tamadun, bukan terjerit-jerit merosakkan harta benda awam dan mengotorkan kawasan, bila buat begini dimana bersihnya? – http://klxpress.com.my/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here