Ada Asas Kukuh Tangguh Syarat Wajib Lulus Bahasa Inggeris SPM – Mahdzir Khalid

0
426

PENDANG, 22 Ogos – Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mempunyai asas kukuh untuk menangguh pelaksanaan syarat wajib lulus bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata ia mengambil kira aspek antara lain persediaan guru dan pelajar terutama di luar bandar.

“Pada prinsipnya mereka (LPM) sudah maklumkan kepada saya untuk menangguhkan syarat tersebut. Ada elemen yang menyebabkan ia perlu ditangguhkan,” katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Pada Rabu lepas, Kementerian Pendidikan menerusi LPM mengeluarkan kenyataan mengenai penangguhan syarat tersebut yang sepatutnya berkuat kuasa mulai tahun depan.

Cadangan mewajibkan lulus Bahasa Inggeris dalam SPM dibuat dua tahun lalu.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here