6 Juta pengundi belia PRU 14 – Pemuda MIC

0
369

KUALA LUMPUR, – Pemuda MIC Kebangsaan melancarkan kempen untuk mendaftar empat hingga enam juta belia sebagai pengundi baru menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU-14). Ketua Pemuda MIC Sivaarrajh berkata pergerakan pemuda MIC berharap untuk mendaftarkan seramai 15,000 pengundi baru melalui kempen ini menjelang akhir tahun ini dan meningkatkan angka setiap tahun. “Tumpuan kami adalah pada semua kaum dan bukan sahaja kepada masyarakat India,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Beliau berkata Pemuda MIC juga telah melancarkan “Ops Jelas”, di mana kempen ini untuk menjelaskan isu-isu semasa kepada generasi muda. Beliau berkata kempen ini adalah penting untuk mengelakkan generasi muda daripada terpengaruh dengan propaganda anti kerajaan di media sosial. Kedua-dua kempen akan dijalankan secara serentak sehingga PRU-14 pada 2018, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here