2 beradik maut kereta rempuh pokok

0
181

Muar: Dua beradik maut manakala seorang lagi parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) merempuh sebatang pokok di Kilometer (KM) 156.7 Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Pagoh, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.50 malam itu, mangsa, P Rajoo, 30 dan adiknya, P Yogarajan, 25, maut di tempat kejadian manakala M Ravivarman, 33, yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Tangkak untuk rawatan lanjut.Ketua Polis Daerah Ledang Superintendan Mohamad Salleh Abd Razak berkata, mangsa dalam perjalanan ke Pandamaran, Selangor selepas menghadiri satu majlis keluarga di Johor Bahru.“Bagaimanapun, Perodua Alza mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pokok.“Rempuhan itu menyebabkan Rajoo yang memandu MPV terbabit dan adiknya Yogarajan yang duduk di tempat penumpang hadapan tercampak keluar dari kenderaan terbabit,” katanya.

Menurutnya, seorang lagi penumpang yang juga adik ipar mangsa cedera parah selepas tersepit di tempat duduk belakang.“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir Musa Kasbullah berkata, sebuah jentera dengan lima anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.52 malam.

Katanya, pihaknya mengambil masa selama 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here