’15 tahun’ rogol di dalam tandas

0
662

KUALA TERENGGANU – Seorang buruh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun.Wan Maula Wan Abdullah, 35, mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol.Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun di dalam tandas di sebuah rumah di Kampung Losong Haji Mat Shafie, Jalan Losong Haji Mat Shafie, antara jam 1 hingga 4 pagi, pada 3 Jun lalu.

Wan Maula dituduh sekali lagi mengulangi kesalahan sama terhadap mangsa di alamat sama antara jam 2 hingga 4 pagi, keesokannya.Bagi setiap pertuduhan itu, Wan Maula berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.Hakim Mohd Azhar Othman menetapkan 12 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here