“12.15pm jumpa Najib, 1pm saya digugurkan” – Muhyiddin

0
245
KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan telah mengetahui pengguguran jawatannya sebelum pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
Menurutnya, ketika diminta kepastian tentang penggugurannya, Najib hanya mengangguk.”Beliau (Najib) beritahu (pengguguran Muhyiddin) selepas perbincangan dan berikan pandangan serta pendapat beliau dan saya juga jelaskan apa-apa yang patut saya jelaskan.
“Kemudian saya tanya, apa tujuan saya dijemput, adakah ada kaitan dengan rombakan jemaah menteri? Beliau mengangguk.”Kemudian saya tanya, adakah ‘you’ nak cakap apa-apa dengan saya, dia rasa susah nak cakap. Adakah bermakna nama saya tidak tersenarai? Apabila dia mengangguk, saya kata terima kasih,” katanya pada sidang media di kediamannya, di sini hari ini.
Semalam, Najib mengumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu menggantikan Muhyiddin.Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin dan rakyat.
Berkongsi saat dimaklumkan jemputan untuk bertemu Najib di Putrajaya, Muhyiddin memberitahu ketika itu beliau berada di Sendayan, Negeri Sembilan.”Saya diberitahu oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam, waktu itu saya di Sendayan, Negeri Sembilan untuk merasmikan Matrix Global School, saya tidak sedar bahawa itu adalah majlis terakhir saya.
“Tapi saya dapat maklumat untuk datang jumpa dengan Perdana Menteri lebih kurang jam 11.30 pagi tetapi saya hanya dapat bertemu beliau selepas pulang ke Putrajaya lebih kurang jam 12.15 tengah hari. Jadi, itulah waktunya dia jemput saya,” katanya.
Najib dalam sidang media secara langsung semalam menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya ‘sukar’ namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14 – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here