109 anggota ATM ditugaskan di kawasan tragedi – Menteri Pertahanan

0
209
KOTA BHARU, 29 Dis -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) beramah mesra dengan mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa (1) di sini ketika melawat mangsa banjir di negeri Kelantan hari ini. -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA

Ranau , 09 Jun 2015 – Setakat ini, seramai 12 pegawai dan 109 anggota ATM telah ditugaskan untuk membantu dalam tragedi yang menimpa Sabah minggu lalu kata Menteri Pertahanan , Datuk Seri Hishammudin Hussien dalam kenyataan akhbar beliau hari ini.

Beliau memberi jaminan bahawa pihak ATM akan terus membantu sehingga segala usaha menyelamat dan penambahbaikan pasca tragedi selesa dan mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk segera menghulurkan bantuan dengan menggunakan segala aset dan kelengkapan yang ada termasuk pesawat EC725.

Beliau juga menyatakan kesediaan ATM membantu dari segi tenaga kerja dan kepakaran untuk membaiki rumah-rumah di Kota Belud dan Ranau yang terkesan daripada tragedi gempa bumi

Bencana gempa bumi yang menimpa Sabah baru-baru ini khususnya tragedi di Gunung Kinabalu telah mengorbankan 16 nyawa setakat ini dimana 2 lagi pendaki masih dilaporkan hilang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here